
Dalam cerita seniman bujang lapok.. sarip dol dengan bangga mengayuh basikal tua tanpa carier. Zaman 50an dan 60an kita masih pakai continental dan jenama yang popular masa tu dah tentu raleigh. brand sunbeam popular jugak tapi jarang dipakai sebab mahal sikit... mungkin mandur estet saja mampu pakai. masa tu boleh beli raleigh secara ansuran.. ada plan financing dia. ( info dari galeribasikal tua blogspot).
Thursday, July 29, 2010
Sarip Dol pakai basikal apa
Sarip dol aku rasa pakai basikal raleigh ni.
Posted by zach at 3:59 AM 0 comments
Friday, February 19, 2010
lagi pasal sarip dol.
Lakonan
info copy paste daripada sinemamalaysia.comTu semua profil penuh filem sarip dol dan baru ku tahu rupanya dia pernah menjadi pelakon utama dalam filem sumpah orang minyak. Tapi malangnya sarip dol memainkan peranan utama sebagai syaitan. kejam betul director dia... watak jahat-jahat bagi kat syariff dol.
Posted by zach at 5:28 AM 0 comments
Sunday, January 24, 2010
cikgu kurang ajar
sekadar gambar hiasan... curi cikgu faz punya
Aku dah lama tak masuk sekolah dan tak masuk kelas. Bukannya aku malas atau aku ponteng tapi aku buat kerja di pusat kokurikulum. Aku juga baru balik dari Kejohanan Memanah MSSM di Pahang. Hari ini aku masuk sekolah selepas dua minggu tak tunjuk batang hidung .Masuk kelas peralihan, seorang pelajar yang aku kira paling cerdik ( ikut piawaian peralihanlah ) bangun
‘ cikgu lama sudah takda … mana pergi’
‘oh.. saya blab ala bla bla’ aku menerangkan panjang lebar.
‘cikgu kurang ajar maa’ selamba katak saja budak ni bercakap.
‘woi.. kurang ajar betul awak ni.. awak tu kurang ajar’ aku mula panas
‘saya mana ada ajar… cikgulah kurang ajar’ perh pandai dia menjawab.
‘kenapa awak kata saya kurang ajar” kecik besor ja aku tengok budak tu
‘ itu kelas sebelah sudah habis satu buku.. cikgu ajar separuh pun belum”
Laaa… nyaris kau kau tak kena penampar.. tu bukan kurang ajarlah…
Itu cikgu kurang mengajar.
Posted by zach at 12:10 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)