BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 29, 2010

Sarip Dol pakai basikal apa


Dalam cerita seniman bujang lapok.. sarip dol dengan bangga mengayuh basikal tua tanpa carier. Zaman 50an dan 60an kita masih pakai continental dan jenama yang popular masa tu dah tentu raleigh. brand sunbeam popular jugak tapi jarang dipakai sebab mahal sikit... mungkin mandur estet saja mampu pakai. masa tu boleh beli raleigh secara ansuran.. ada plan financing dia. ( info dari galeribasikal tua blogspot).

Sarip dol aku rasa pakai basikal raleigh ni.


Friday, February 19, 2010

lagi pasal sarip dol.

Sunday, January 24, 2010

cikgu kurang ajar

sekadar gambar hiasan... curi cikgu faz punya



Aku dah lama tak masuk sekolah dan tak masuk kelas. Bukannya aku malas atau aku ponteng tapi aku buat kerja di pusat kokurikulum. Aku juga baru balik dari Kejohanan Memanah MSSM di Pahang. Hari ini aku masuk sekolah selepas dua minggu tak tunjuk batang hidung .Masuk kelas peralihan, seorang pelajar yang aku kira paling cerdik ( ikut piawaian peralihanlah ) bangun

‘ cikgu lama sudah takda … mana pergi’
‘oh.. saya blab ala bla bla’ aku menerangkan panjang lebar.
‘cikgu kurang ajar maa’ selamba katak saja budak ni bercakap.
‘woi.. kurang ajar betul awak ni.. awak tu kurang ajar’ aku mula panas
‘saya mana ada ajar… cikgulah kurang ajar’ perh pandai dia menjawab.
‘kenapa awak kata saya kurang ajar” kecik besor ja aku tengok budak tu
‘ itu kelas sebelah sudah habis satu buku.. cikgu ajar separuh pun belum”

Laaa… nyaris kau kau tak kena penampar.. tu bukan kurang ajarlah…
Itu cikgu kurang mengajar.

Tuesday, December 15, 2009

koleksi cerita sedih cikgu

Monday, October 26, 2009

aku hampir jadi ultraman.

Friday, October 16, 2009

sarip dol samseng kg dusun bersambung

1. cerita kat bawah tu lawak biasa yang kita dengar tentang sarip dol
2. nama sarip dol memang biasa orang buat sebagai nick name, user name. email pertama akupun guna nama sarip dol. tak aktif sebab lupa password.
3. ada juga blogger pakai. cuba cari kat google sarip dol blogspot. kg dusun blogspot pun ada. dua dua blog tentang politic. boring maa.
4. bila pakai nama sarip dol, kira-kiranya macam brutal, nakal, samseng. apa yang penting nama sarip dol memang kool.
5. nama sarip dol diingati berdasarkan filem bujang lapuk. nama pelakon dia pun sharif dol.( Allahyarham )
6. Allahyarham merupakan rakan baik Aziz Satar sejak kecil lagi sehingga menjadi pelakon di studio jalan ampas singapura.
7. Arwah banyak memegang watak sebagai samseng, pailang dan manusia jenis tak guna punya. tengok dia jadi orang kuat orang kaya nisfu dekat penambang.
8. Tapi dia pernah diberi watak penghulu dalam cerita pertarongan.
9. kg dusun memang wujud di slim river perak. seangkatan dengan kg. balon. kg ni ramai samseng. paling otai bernama mustafa. dia pi ke pulau pinang dan duduk di sana. masa tu p ramlee masih lagi jamming dengan grup pemuda teruna tu. Di sana pak tafa berkawanbaik dengan bapa p ramlee. itu yang mungkin mempengaruhi p ramlee dalam menulis cerita seniman bujang lapok tu. mustafa kemudia ikut pak husin ( bapa prof abdullah husin ) ke yan kedah dan menetap di sana. info ni dapat dari paler kumbang. tq.

legend of sarip dol

petang itu, sharif samseng kg dusun sedang menghabiskan teh tariknya di warung mak leha janda ank tujuh. tiada siapa berani menjeling. sarip bangun lalu mencampakkan sepuluh sen ke atas meja. dia bergerak ke arah basikal raleigh tanpa cariernya. muka sarip berubah. dia mendengus. basikal kesayangannya tiada. sarip mengangkat sebelah kakinya ke atas kerusi. oarang sekeliling mula ketakuta. lalu sarip bersuara " lahabau mana curi basikal aku, ok aku bagi peluang, beri aku teh satu cawan lagi, aku nak bila aku habis minum, aku mahu basikal aku ada balik di tempat asalnya" samseng kg dusun dah mengamuk " kalau tak ada, nahas korang, peristiwa tahun lepas akan berulang, jangan cari pasal dengan aku sarip samseng kg dusun.

maka sarip minum satu cawan lagi. semua beredar takut-takut sarip menunjukkan kesamsengannya itu. habis sudah teh diminum. basikalnya ada semula di situ. sarip tersenyum. sebelum beredar mak leha janda anak tujuh tu bertanya " sarip, apa yang berlaku tahun lepas tu ?"
Sarip pun menjawab " saya balik jalan kakilah "
mulut mak leha janda kepada kulub tapa melopong ..ooooooooooooooooooo